Langkawi terletak di utara Selat Melaka di selatan Laut Andaman berhampiran sempadan antara Malaysia dan Thailand. Beberapa kilometer jarak ke utara pulau Thai iaitu Pulau Taroto. Bandar utama gugusan pulau terletak di pulau utama iaitu Pekan Kuah.
Titik tertinggi Langkawi ialah Gunung Raya, yang mencapai ketinggian 881 m dari atas paras laut di kawasan tengah-barat pulau utama.
Kepulauan ini mengandungi 99 pulau yang merangkumi jumlah kawasan darat 528 km2 (204 batu persegi).
Nama Langkawi ialah kombinasi antara "Lang" dan "Kawi". "Lang" diambil daripada perkataan Bahasa Melayu iaitu helang. Ini dapat dibuktikan dengan keberadaan burung-burung helang yang terbang bertebaran di kebanyakan tempat di Langkawi antaranya kawasan Kilim Geopark, Pulau Singa Besar dan seluruh kepulauan Langkawi. Langkawi juga menjadi habitat kepada sejumlah burung helang merah.
Peta Pulau Langkawi.
Kereta kabel, Pulau Langkawi.
Langkawi Sky Bridge
Dataran Helang.
Jadi, jika datang Langkawi jangan lupa bergambar di sini. sebagai kenang- kenangan.
Seterusnya, Gunung Jerai merupakan lokasi pelancongan yang harus
dikunjungi ketika bercuti bersama keluarga. Dikenali sebagai Puncak Negeri Kedah.Keindahan alam semula jadi dilengkapi pelbagai
kemudahan awam, menjanjikan kenangan yang istimewa untuk para pengunjung.
Antaranya prasarana yang tersedia adalah masjid, tempat letak kenderaan yang selamat, tandas awam,
gerai makanan, gerai cenderamata dan gerai batu.
Pengunjung juga boleh mendapat maklumat tentang Gunung Jerai di Pusat Maklumat, bersebelahan
dengan Masjid Jerai. Di belakang Pusat Maklumat itu, terdapat sebuah tabika kemas untuk
kanak-kanak yang tinggal di kawasan berdekatan. Taman Permainan untuk kanak-kanak juga
tersedia dalam kawasan gerai makanan, di kaki Gunung Jerai. Bersebelahan Taman Permainan pula,
terdapat Pusat Jualan Florikultur Gunung Jerai. Manakala lokasi Gelanggang Futsal pula adalah
di sebelah kanan selepas melawati Pusat Jualan Florikultur.
Dalam perjalanan ke puncak Gunung Jerai, pengunjung boleh menikmati keindahan persekitaran hutan semula jadi dan pemandangan saujana mata memandang Negeri Kedah. Monyet-monyet didapati berkeliaran di atas jalan semasa dalam perjalanan dan pengunjung dinasihatkan agar tidak memberi makanan untuk mengelakkan mereka bertindak agresif. Van Pengangkut disediakan untuk para pengunjung naik ke Puncak Gunung Jerai. Perjalanan ke puncak akan mengambil masa 20-25 minit dengan jarak perjalanan lebih 13 km. Dalam perjalanan, pengunjung boleh singgah di Muzium Perhutanan Sungai Teloi dan kawasan air terjun.
Selain menaiki Van Pengangkut yang disediakan, pengunjung juga boleh ke puncak Gunung Jerai dengan kenderaan sendiri. Tetapi perlu diingatkan, jalan mendaki di sini agak merbahaya. Tidak sama seperti jalan biasa. Kedudukannya yang curam dan sempit, menyukarkan pemandu untuk mengawal kenderaan dengan baik.
Terdapat beberapa kenderaan yang rosak dan terbabas ke dalam curam. Kos untuk membawa keluar kenderaan tersebut mencecah ribuan ringgit dan terpaksa ditanggung oleh pengunjung sendiri kerana Pihak Pengurusan telah memberi amaran, tidak bertanggungjawab bagi pengunjung yang menggunakan kenderaan sendiri untuk menaiki Puncak Gunung Jerai. Van Pengangkut yang disediakan dilengkapi ciri-ciri keselamatan yang bersesuaian untuk perjalanan ke Puncak Gunung Jerai. Bayaran yang dikenakan pula hanya RM10 untuk seorang penumpang.
Terdapat pusat penginapan di puncak Gunung Jerai bagi para pengunjung yang ingin menginap di situ iaitu The Regency Jerai Hill Resort. Pengunjung boleh menghirup udara yang nyaman dan dingin di sini sambil merehatkan minda lantas berupaya melupakan kesibukan kerja dan menghilangkan stress. Pemandangan sawah padi terbentang luas dilihat menghijau pada siang hari manakala lampu-lampu kenderaan, lampu-lampu hiasan dan bangunan-bangunan di Bandaraya Alor Setar pula menghiasi pemandangan pada waktu malam.

Pemandangan sekitar Gunung Jerai
Tempat-tempat menarik di Gunung Jerai..
Selain itu, terdapat tempat beli-belah yang menarik di Kedah. Tempat ini sangat terkenal. Semua pelancong yang datang ke Kedah tidak akan melepaskan peluang ke tempat ini, ianya Pekan Rabu. Tempat ini terletak di Bandaraya Alor Star. Di sini terdapat pelbagai jenis barang dijual. Sama ada makanan, pakaian sehinggalah barang perhiasan rumah.
Semoga apa yang saya cerita di sini dapat menarik minat awak semua untuk melawat negeri saya, iaitu Kedah Darul Aman.
No comments:
Post a Comment