Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum semua. Aku tanya khabar ? Hari ni saya nak cerita sikit pasai negeri saya, negeri apa tu ? sudah semestinya la Jelapang Padi. KEDAH DARUL AMAN. Mula-mula saya nak cerita pasai nama Kedah. nama-nama ni mucul pada zaman dahulu. Nama-nama ni disebut oleh pedagang-pedagang yang datang ke Tanah Melayu. pedagang Arab dan Parsi banyak memperkatakan mengenai Kedah yang disebut sebagai "Kilah" atau "Kalah" atau "Qalha". "Qalha" dikatakan mempunyai empat buat daerah iaitu Kuala Qilah ( Kuala Sungai Merbok sekarang ), Kuala Bahang ( Kuala Kedah), Kuala Merpah di Pulau Panjang dekat Setoi dan Kuala Bara.
Kedah jugadisebut sebagai "Kataha" atau "Kadar" dan tulisan Tamil menyebut Kedah sebagai "kadaram" atau "Kalagam".
Kedah berasal daripada perkataan "Kheddah" yang bermaksud perangkap gajah. Ada juga yang berpendapat bahawa nama Kedah berasal daripada perkataan Arab, "Kedah" yang bermakna gelas berkaki.
Pedagang Chin menyebut nama Kedah sebagai "Langgasu" atau "Langa" atau "Langkasuka". ada jugak menyebut Kedah dengan nama "Gedda" yang dikaitkan dengan perkataan Hindustan "Khadar yang bermaksud tanah yang sesuai untuk tanaman padi. Lagi satu nama untuk Kedah ialah "Kala" dalam bahasa Parsi yang bermakna kota.
Negeri Kedah atau juga dikenali sebagai Kedah Darul Aman merupakan salah satu daripada 13 negeri yang terdapat dalam Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia). Kedah terletak di utara Semenanjung Malaysia dan memiliki keluasan 9,425 km2. Tanah besar mempunyai rupa bumi yang agak rata, yang digunakan untuk menanam padi.
Di bahagian utara, Kedah bersempadan dengan negeri Perlis dan bersempadan antarabangsa dengan Provinsi Songkhla dan Yala di wilayah Thailand. Ia juga bersempadan dengan negeri Perak di selatan dan Pulau Pinang ke arah barat daya.
Modal dan tempat duduk diraja di negeri ini ialah Alor Setar. Bandar-bandar maju yang lain adalah Sungai Petani dan Kulim di tanah besar, dan Langkawi di bahagian pulau.
Bandar-bandar membangun adalah seperti Jitra, Changlun,Pendang, Pokok Sena, Kuala Ketil serta Gurun.
Lima buah bandar utama di Kedah. Antaranya,Sungai Petani merupakan bandar perindustrian dan perumahan terbesar di Kedah. Manakala Alor Setar merupakan ibu negeri, bandar diraja dan pusat pentadbiran negeri Kedah.Kulim merupakan bandar perindustrian. Jitra - Changlun merupakan bandar pendidikan dan juga bandar antara sempadan negara. Langkawi merupakan sebuah bandar pelancongan antarabangsa yang satu-satunya di Kedah.
Kebanyakan penduduk Kedah adalah orang Melayu, dan sedikit orang Cina dan India. Anggaran populasi mengikut kaum pada 2003 ialah: Melayu (1,336,352), Cina (252,987), India (122,911), Bukan warganegara (35,293), Lain-lain (27,532).
Pentadbiran Negeri Kedah terletak di Alor Setar iaitu di Bandar Muadzam Shah. Pada asalnya terletak di pusat bandar Alor Setar namun dipindah agar kesesakan lalu lintas dapat diatasi.
Negeri Kedah mempunyai Kampus Universiti Utara Malaysia (UUM), yang terletak diBandar Baru Sintok. Secara rasmi ditubuhkan pada 16 Februari 1984. Universiti ini ditubuhkan dengan misi khusus memberikan peranan kepimpinan bagi pengurusan pendidikan di negeri ini. Pembentukan akademik di UUM termasuk Kolej Perniagaan (COB), Fakulti Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa (COLGIS) dan Sekolah Tinggi Seni dan Sains (CAS).
Kedah juga mempunyai beberapa perguruan tinggi negeri dan perguruan tinggi seperti Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Merbok, Institut Universiti Kuala Lumpur Malaysia Sepanyol(UniKL MSI) dan Institut Politeknik Sultanah Bahiyah (PSB) di Kulim, Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (Universiti AIMST) di Bedong, Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kuala Ketil dan Mergong dan Institut Politeknik Shah Sultan Abdul Halim Mu'adzam(POLIMAS) di Jitra.
Ada 2 lembaga latihan guru di Kedah, Institusi Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim (IPGKSAH) di Sungai Petani dan Institusi Pendidikan Guru Kampus Darul Aman(IPGKDA) di Bandar Darulaman yang ditetapkan oleh kerajaan untuk menyediakan kursus mengajar untuk guru peserta latihan.
Institusi Pendidikan Guru Kampus Sultan AbdulHalim (IPGKSAH) di Sungai Petani
Institut Politeknik Shah Sultan Abdul Halim Mu'adzam(POLIMAS)
Bandaraya Alor Star
Salasilah Duli-Duli Yang Maha Mulia Sultan Negeri Kedah Darul Aman
- Sultan Mudzaffar Shah 1 1136-1179
- Sultan Mu'adzam Shah 1179-1201
- Sultan Muhammad Shah 1201-1236
- Sultan Muzzil Shah 1236-1280
- Sultan Mahmud Shah 1 1280-1321
- Sultan Ibrahim Shah 1321-1373
- Sultan Sulaiman Shah 1 1373-1422
- Sultan Ataullah Muhammad Shah 1 1422-1472
- Sultan Muhd Jiwa Zainal Adilin Mu'adzam Shah 1 1472-1506
- Sultan Mahmud Shah II 1506-1546
- Sultan Mudzaffar Shah II 1546-1602
- Sultan Sulaiman Shah II 1602-1626
- Sultan Rijaluddin Muhammad Shah 1626-1651
- Sultan Muhyiddin Mansor Syah 1651-1661
- Sultan Dhiauddin Mukarram Shah 1 1661-1687
- Sultan Ataullah Muhammad Shah II 1687-1698
- Sultan Abdullah Mu'adzam Shah 1698-1706
- Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah 1 1706-1709
- Sultan Muhd Jiwa Zainal Adilin Mu'adzam Shah II 1710-1778
- Sultan Abdullah Mukarram Shah 1778-1797
- Sultan Dhiauddin Mukarram Shah II (Pemangku Sultan) 1797-1804
- Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II 1804-1845
- Sultan Zainal Rashid Mu'adzam Shah 1 1845-1853
- Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah II 1853-1879
- Sultan Zainal Rashid Mu'adzam Shah 1879-1881
- Sultan Abdul Hamid Halim Shah 1882-1943
- Sultan Badlishah 1943-1958
- Sultan Haji Abdul Halim Mu'adzam Shah 1958
Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah