Tuesday, 3 February 2015

Jom makan angin..

     Assalamualaikum, salam 4 Februari. Hari ni saya nak bawa awak semua pergi berjalan. Makan angin. rehatkan minda.Kalau yang rasa stress. Kerja banyak, jadi sekarang la waktu untuk cuci mata. Saya nak tunjuk dekat awak semua tempat- tempat menarik di Kedah. Ramai yang tak tahu dekat Kedah tu ada banyak tempat peranginan. Ada tempat beli-belah, ada jugak tempat percutian yang menarik. First sekali, saya nak cerita mengenai Langkawi.

     Langkawi terletak di utara Selat Melaka di selatan Laut Andaman berhampiran sempadan antara Malaysia dan Thailand. Beberapa kilometer jarak ke utara pulau Thai iaitu Pulau Taroto.  Bandar utama gugusan pulau terletak di pulau utama iaitu Pekan Kuah.
Titik tertinggi Langkawi ialah Gunung Raya, yang mencapai ketinggian 881 m dari atas paras laut di kawasan tengah-barat pulau utama.
     Kepulauan ini mengandungi 99 pulau yang merangkumi jumlah kawasan darat 528 km2 (204 batu persegi).
    
     Nama Langkawi ialah kombinasi antara "Lang" dan "Kawi". "Lang" diambil daripada perkataan Bahasa Melayu iaitu helang. Ini dapat dibuktikan dengan keberadaan burung-burung helang yang terbang bertebaran di kebanyakan tempat di Langkawi antaranya kawasan Kilim Geopark, Pulau Singa Besar dan seluruh kepulauan Langkawi. Langkawi juga menjadi habitat kepada sejumlah burung helang merah.



Peta Pulau Langkawi.


Kereta kabel, Pulau Langkawi.



Langkawi Sky Bridge




 Dataran Helang.

Jadi, jika datang Langkawi jangan lupa bergambar di sini. sebagai kenang- kenangan.

    Seterusnya, Gunung Jerai merupakan lokasi pelancongan yang harus dikunjungi ketika bercuti bersama keluarga. Dikenali sebagai Puncak Negeri Kedah.Keindahan alam semula jadi dilengkapi pelbagai kemudahan awam, menjanjikan kenangan yang istimewa untuk para pengunjung. Antaranya prasarana yang tersedia adalah masjid, tempat letak kenderaan yang selamat, tandas awam, gerai makanan, gerai cenderamata dan gerai batu. 

    Pengunjung juga boleh mendapat maklumat tentang Gunung Jerai di Pusat Maklumat, bersebelahan dengan Masjid Jerai. Di belakang Pusat Maklumat itu, terdapat sebuah tabika kemas untuk kanak-kanak yang tinggal di kawasan berdekatan. Taman Permainan untuk kanak-kanak juga tersedia dalam kawasan gerai makanan, di kaki Gunung Jerai. Bersebelahan Taman Permainan pula, terdapat Pusat Jualan Florikultur Gunung Jerai. Manakala lokasi Gelanggang Futsal pula adalah di sebelah kanan selepas melawati Pusat Jualan Florikultur.

Dalam perjalanan ke puncak Gunung Jerai, pengunjung boleh menikmati keindahan persekitaran hutan semula jadi dan pemandangan saujana mata memandang Negeri Kedah. Monyet-monyet didapati berkeliaran di atas jalan semasa dalam perjalanan dan pengunjung dinasihatkan agar tidak memberi makanan untuk mengelakkan mereka bertindak agresif. Van Pengangkut disediakan untuk para pengunjung naik ke Puncak Gunung Jerai. Perjalanan ke puncak akan mengambil masa 20-25 minit dengan jarak perjalanan lebih 13 km. Dalam perjalanan, pengunjung boleh singgah di Muzium Perhutanan Sungai Teloi dan kawasan air terjun.

Selain menaiki Van Pengangkut yang disediakan, pengunjung juga boleh ke puncak Gunung Jerai dengan kenderaan sendiri. Tetapi perlu diingatkan, jalan mendaki di sini agak merbahaya. Tidak sama seperti jalan biasa. Kedudukannya yang curam dan sempit, menyukarkan pemandu untuk mengawal kenderaan dengan baik.

Terdapat beberapa kenderaan yang rosak dan terbabas ke dalam curam. Kos untuk membawa keluar kenderaan tersebut mencecah ribuan ringgit dan terpaksa ditanggung oleh pengunjung sendiri kerana Pihak Pengurusan telah memberi amaran, tidak bertanggungjawab bagi pengunjung yang menggunakan kenderaan sendiri untuk menaiki Puncak Gunung Jerai. Van Pengangkut yang disediakan dilengkapi ciri-ciri keselamatan yang bersesuaian untuk perjalanan ke Puncak Gunung Jerai. Bayaran yang dikenakan pula hanya RM10 untuk seorang penumpang.

Terdapat pusat penginapan di puncak Gunung Jerai bagi para pengunjung yang ingin menginap di situ iaitu The Regency Jerai Hill Resort. Pengunjung boleh menghirup udara yang nyaman dan dingin di sini sambil merehatkan minda lantas berupaya melupakan kesibukan kerja dan menghilangkan stress. Pemandangan sawah padi terbentang luas dilihat menghijau pada siang hari manakala lampu-lampu kenderaan, lampu-lampu hiasan dan bangunan-bangunan di Bandaraya Alor Setar pula menghiasi pemandangan pada waktu malam.


Pemandangan sekitar Gunung Jerai




Tempat-tempat menarik di Gunung Jerai..

      Selain itu, terdapat tempat beli-belah yang menarik di Kedah. Tempat ini sangat terkenal. Semua pelancong yang datang ke Kedah tidak akan melepaskan peluang ke tempat ini, ianya Pekan Rabu. Tempat ini terletak di Bandaraya Alor Star. Di sini terdapat pelbagai jenis barang dijual. Sama ada makanan, pakaian sehinggalah barang perhiasan rumah.

 


 


      Semoga apa yang saya cerita di sini dapat menarik minat awak semua untuk melawat negeri saya, iaitu Kedah Darul Aman.

Wednesday, 28 January 2015

Loghat Kita !



       
    
             Alhamdulillah. Syukur atas nikmat yang diberi oleh Allah S.W.T. Hari ni 28.Jan.2015. Saya nak berkongsi sedikit ilmu untuk semua. Dalam dunia ni Allah ciptakan pelbagai jenis bangsa. Dalam satu-satu bangsa tu pon terdapat pelbagai jenis bahasa. Bagasa yang saya maksudkan ialah dialek atau loghat..Di Malaysia sahaja pun terdapat pelbagai jenis dialek. Misalnya, loghat utara, loghat Pantai Timur, Loghat Sabah, Loghat Sarawak dan sebagainya. Tapi, hari ni saya nak kongsi sedikit tentang loghat utara. Loghat Kedah.. Loghat Kedah ni lain sikit. Kalau orang dengar mesti orang cakap tak faham. Jadi, saya nak berkongsi sikit mengenai loghat Kedah. Bila awak semua dengar orang Kedah cakap, ada la benda yang awak semua faham.Loghat Utara ni juga diguna oleh orang Perlis dan Penang. Selain itu, negeri Perak pun guna loghat ni, tapi bukan semua kawasan. Contohnya, kawasan Perak Utara.

Jom kita belajaq loghat Utara.




    Terdapat beberapa perkataan yang berbeza sebutannya. Antaranya ialah :




       contoh ayat:
  • Pagi tadi adik kena qhengau dengan kucing. (dialek kedah)
  • Pagi tadi adik dicakar oleh kucing. (dialek biasa)
  • Lepaih waktu sekolah abang kena tabuh dengan budak-budak nakai. (dialek kedah)
  • Selepas waktu sekolah abang dipukul oleh pelajar-pelajar yang nakal (dialek biasa)      





 

      Selepas ni boleh la cuba cakap dialek Kedah. Allah ciptakan kita dalam pelbagai jenis bangsa dan bahasa untuk kita saling mengenali antara satu sama lain. Bila kita berkawan dengan orang yang lain dialek kita boleh belajar dialek mereka.selain daripada dapat menambah kawan, kita juga boleh belajar benda baru. Okey, setakat ini sahaja untuk hari ini.
 

Monday, 26 January 2015

Kenali Negeriku.

   

                Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum semua. Aku tanya khabar ? Hari ni saya nak cerita sikit pasai negeri saya, negeri apa tu ? sudah semestinya la Jelapang Padi. KEDAH DARUL AMAN. Mula-mula saya nak cerita pasai nama Kedah. nama-nama ni mucul pada zaman dahulu. Nama-nama ni disebut oleh pedagang-pedagang yang datang ke Tanah Melayu. pedagang Arab dan Parsi banyak memperkatakan mengenai Kedah yang disebut sebagai "Kilah" atau "Kalah" atau "Qalha". "Qalha" dikatakan mempunyai empat buat daerah iaitu Kuala Qilah ( Kuala Sungai Merbok sekarang ), Kuala Bahang ( Kuala Kedah), Kuala Merpah di Pulau Panjang dekat Setoi dan Kuala Bara.

         Kedah jugadisebut sebagai "Kataha" atau "Kadar" dan tulisan Tamil menyebut Kedah sebagai "kadaram" atau "Kalagam".

         Kedah berasal daripada perkataan "Kheddah" yang bermaksud perangkap gajah. Ada juga yang berpendapat bahawa nama Kedah berasal daripada perkataan Arab, "Kedah" yang bermakna gelas berkaki.

         Pedagang Chin menyebut nama Kedah sebagai "Langgasu" atau "Langa" atau "Langkasuka". ada jugak menyebut Kedah dengan nama "Gedda" yang dikaitkan dengan perkataan Hindustan "Khadar yang bermaksud tanah yang sesuai untuk tanaman padi. Lagi satu nama untuk Kedah ialah "Kala" dalam bahasa Parsi yang bermakna kota.


         
  
       Negeri Kedah atau juga dikenali sebagai Kedah Darul Aman merupakan salah satu daripada 13 negeri yang terdapat dalam Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia). Kedah terletak di utara Semenanjung Malaysia dan memiliki keluasan 9,425 km2. Tanah besar mempunyai rupa bumi yang agak rata, yang digunakan untuk menanam padi.
      Di bahagian utara, Kedah bersempadan dengan negeri Perlis dan bersempadan antarabangsa dengan Provinsi Songkhla dan Yala di wilayah Thailand. Ia juga bersempadan dengan negeri Perak di selatan dan Pulau Pinang ke arah barat daya.
      Modal dan tempat duduk diraja di negeri ini ialah Alor Setar. Bandar-bandar maju yang lain adalah Sungai Petani dan Kulim di tanah besar, dan Langkawi di bahagian pulau.
     Bandar-bandar membangun adalah seperti JitraChanglun,PendangPokok SenaKuala Ketil serta Gurun.
     Lima buah bandar utama di Kedah. Antaranya,Sungai Petani merupakan bandar perindustrian dan perumahan terbesar di Kedah. Manakala Alor Setar merupakan ibu negeri, bandar diraja dan pusat pentadbiran negeri Kedah.Kulim merupakan bandar perindustrian. Jitra - Changlun merupakan bandar pendidikan dan juga bandar antara sempadan negara. Langkawi merupakan sebuah bandar pelancongan antarabangsa yang satu-satunya di Kedah.
    Kebanyakan penduduk Kedah adalah orang Melayu, dan sedikit orang Cina dan India. Anggaran populasi mengikut kaum pada 2003 ialah: Melayu (1,336,352), Cina (252,987), India (122,911), Bukan warganegara (35,293), Lain-lain (27,532).
    Pentadbiran Negeri Kedah terletak di Alor Setar iaitu di Bandar Muadzam Shah. Pada asalnya terletak di pusat bandar Alor Setar namun dipindah agar kesesakan lalu lintas dapat diatasi.
                                                  
   Negeri Kedah mempunyai Kampus Universiti Utara Malaysia (UUM), yang terletak diBandar Baru Sintok. Secara rasmi ditubuhkan pada 16 Februari 1984. Universiti ini ditubuhkan dengan misi khusus memberikan peranan kepimpinan bagi pengurusan pendidikan di negeri ini. Pembentukan akademik di UUM termasuk Kolej Perniagaan (COB), Fakulti Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa (COLGIS) dan Sekolah Tinggi Seni dan Sains (CAS).
  Kedah juga mempunyai beberapa perguruan tinggi negeri dan perguruan tinggi seperti Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Merbok, Institut Universiti Kuala Lumpur Malaysia Sepanyol(UniKL MSI) dan Institut Politeknik Sultanah Bahiyah (PSB) di Kulim, Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (Universiti AIMST) di BedongKolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kuala Ketil dan Mergong dan Institut Politeknik Shah Sultan Abdul Halim Mu'adzam(POLIMAS) di Jitra.
Ada 2 lembaga latihan guru di Kedah, Institusi Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim (IPGKSAH) di Sungai Petani dan Institusi Pendidikan  Guru Kampus Darul Aman(IPGKDA) di Bandar Darulaman yang ditetapkan oleh kerajaan untuk menyediakan kursus mengajar untuk guru peserta latihan.



                                     
   Institusi Pendidikan Guru Kampus Sultan AbdulHalim (IPGKSAH) di Sungai Petani

           Institut Politeknik Shah Sultan Abdul Halim Mu'adzam(POLIMAS)


                                Bandaraya Alor Star

                      Kampus Universiti Utara Malaysia (UUM)

       Salasilah Duli-Duli Yang Maha Mulia Sultan Negeri Kedah Darul Aman
  1. Sultan Mudzaffar Shah 1 1136-1179
  2. Sultan Mu'adzam Shah 1179-1201
  3. Sultan Muhammad Shah 1201-1236
  4. Sultan Muzzil Shah 1236-1280
  5. Sultan Mahmud Shah 1 1280-1321
  6. Sultan Ibrahim Shah 1321-1373
  7. Sultan Sulaiman Shah 1 1373-1422
  8. Sultan Ataullah Muhammad Shah 1 1422-1472
  9. Sultan Muhd Jiwa Zainal Adilin Mu'adzam Shah 1 1472-1506
  10. Sultan Mahmud Shah II 1506-1546
  11. Sultan Mudzaffar Shah II 1546-1602
  12. Sultan Sulaiman Shah II 1602-1626
  13. Sultan Rijaluddin Muhammad Shah 1626-1651
  14. Sultan Muhyiddin Mansor Syah 1651-1661
  15. Sultan Dhiauddin Mukarram Shah 1 1661-1687
  16. Sultan Ataullah Muhammad Shah II 1687-1698
  17. Sultan Abdullah Mu'adzam Shah 1698-1706
  18. Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah 1 1706-1709
  19. Sultan Muhd Jiwa Zainal Adilin Mu'adzam Shah II 1710-1778
  20. Sultan Abdullah Mukarram Shah 1778-1797
  21. Sultan Dhiauddin Mukarram Shah II (Pemangku Sultan) 1797-1804
  22. Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II 1804-1845
  23. Sultan Zainal Rashid Mu'adzam Shah 1 1845-1853
  24. Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah II 1853-1879
  25. Sultan Zainal Rashid Mu'adzam Shah 1879-1881
  26. Sultan Abdul Hamid Halim Shah 1882-1943
  27. Sultan Badlishah 1943-1958
  28. Sultan Haji Abdul Halim Mu'adzam Shah 1958
              
Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah